PENYANYI dan pelakon terkenal, Datuk Awie rela berkorban untuk menolak tawaran-tawaran solo demi memberikan sepenuh tumpuan terhadap kumpulan Wings.
Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
“Kami cari makan menerusi persembahan. Anggota kumpulan Wings semua ada isteri, anak dan cucu. Mereka memerlukan saya untuk cari rezeki.
“Kalau saya tiada atau sibuk dengan penggambaran, mereka nak makan apa? Jadi, saya memang berfikir panjang.
“Kalau saya pentingkan diri atau nak senang sendiri, saya sudah senang lama. Namun, saya ada sahabat yang perlu dijaga,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, disebabkan rasa sayang yang mendalam terhadap kumpulan Wings, penyanyi lagu Di Penjara Janji ini tidak mahu mementingkan diri sendiri.
“Bukan dalam kumpulan muzik sahaja, dalam politik atau apa juga badan organisasi, kalau kita pentingkan diri, kita hanya akan senang seketika tapi hilang sahabat atau keluarga selamanya.
“Saya tak nak perkara itu berlaku dalam Wings. Jadi, tak mengapalah kalau saya berkorban. Apa-apa tawaran solo, saya akan tolak untuk utamakan Wings.
“Saya sanggup tinggalkan tawaran solo kalau Wings dapat tawaran persembahan walaupun bayarannya mahal.
"Saya bukan nak kata saya baik tapi secara tidak langsung, Allah akan bagi rezeki lain,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Awie turut mendedahkan keterujaannya terhadap bidang lakonan sudah tidak seperti dahulu selepas pemergian pengarah tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.
“Saya sudah menolak hampir empat tawaran filem. Saya rasa sudah tidak mampu lagi untuk hanya duduk dan buang masa. Kalau dua minggu saya tak berlatih, energi suara akan menurun.
“Saya hanya akan berlakon dengan Rumah Produksi Merah (RPM). Sejak Abang Mamat Khalid meninggal, saya rasa Hussein pun dah pergi sekali.
“Dalam produksi Mamat Khalid ini, kami dah macam keluarga. Jadi, bila nak masuk ke set lain dan mengenali orang baharu, rasanya agak lain,” akhirinya.
Terdahulu, selepas kejayaan di Singapura dan Kuala Lumpur, Konsert Wings The Rock Emperor bakal diteruskan lagi di Pulau Pinang pada 24 Februari nanti.
Tiket Konsert Wings The Rock Emperor – Penang Chapter telah dijual bermula pada harga RM95 (Free Seating/ Standing), RM155 (Rock Zone), RM158 (Rock Silver), RM188 (Rock Gold) dan RM258 hingga RM315 (VIP). -Media Hiburan
Media Hiburan
Sat Feb 03 2024
Menurut Awie (tengah), dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain. -Media Hiburan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita antarabangsa yang menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat - 10 Mei 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
EAEU menjadi pusat kuasa bebas dalam dunia multipolar, kata Putin
Putin menyeru negara anggota EAEU agar bekerjasama untuk mencapai integrasi dan pembangunan menyeluruh dalam blok itu.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
Undian resolusi tuntut iktiraf Palestin sebagai negara anggota PBB esok
Undian mengenai resolusi itu akan berlangsung semasa Perhimpunan Agung dianggotai 193 negara kira-kira 10 pagi waktu New York.
10 Berita Pilihan - (09 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight: Charity Shield match cancelled after S'gor FC withdraws
Tomorrow's Charity Shield match between Johor Darul Ta'zim (JDT) and Selangor FC (SFC) has been cancelled after the Red Giants pulled out of the game.
AWANI Tonight: The first batch of Malaysian Hajj pilgrims arrive in Medina
A total of 282 Malaysian Hajj pilgrims arrived at the Emaar Royal Hotel in Medina on Thursday, with seven buses transporting them to the accomodation zone managed by Tabung Haji.
AWANI Tonight: Astro AWANI releases AI guideline, JIWA
Astro AWANI announced the release of its AI Guideline, JIWA for the editorial team.
Kempen PH dijalankan mengikut lunas undang-undang - Loke
Loke menegaskan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan aduan kepada pihak berkuasa.
Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
'Ini tanggungjawab besar' - Awie kini bergelar pengarah filem aksi
Biarpun idea dan cerita asal filem Rebel ini adalah cetusan daripada dirinya sendiri, Awie menyatakan jalan ceritanya langsung tiada berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.
Lima rockers otai bergabung bantu Al-Muqwa
Ali XPDC, Ijam Medicine, Datuk Awie, Ady Wow dan Anjang Terra Rossa bersama Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail berkongsi pentas bagi membantu pihak pengurusan mengumpul dana.
'Saya ada sahabat perlu dijaga' - Awie utama rezeki dengan Wings, korban kerjaya solo
Menurut Awie, dia kini lebih selesa untuk sama-sama mencari rezeki dengan anggota kumpulan Wings yang lain.
Beto Kusyairy kemalangan sertai konvoi
Beto Kusyairy mengalami kecederaan selepas terlibat kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) Asean.
Konvoi motor besar Awie redah hujan lebih 200km demi Palestin
Menurut Awie, idea untuk mengadakan program berkenaan tercetus bagi bersama-sama rakyat Palestin menyokong pembebasan tanah air mereka.
'Lupakan cerita yang belakang tu' - Kembali berbaik, Amy rancang sesuatu dengan Awie
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, memberitahu dia membuat keputusan untuk melupakan segala sengketa dan bersahabat kembali.
'Kami dah rujuk, alhamdulillah' - Amy Search dan Awie berdamai, akhiri perang dingin
Awie mendedahkan hubungan mereka menjadi dingin bertahun lamanya selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019.